Kelas Nadi Mahir Foto (Minggu 2)
2 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus MAHIR FOTO pada minggu ini ialah minggu kedua. Minggu ini cikgu menerangkan pengenalan fotografi. Perkataan Fotografi ialah dari bahasa yunani (Greek) iaitu melukis dengan cahaya. Kepentingan imej boleh dilihat dalam semua aspek kehidupan kita seperti dalam majlis rasmi, kegunaan peribadi, komersial, penyelidikan, penyiasatan, buku dan banyak lagi. Cikgu menerangkan Asas – pinhole camera/ Obscura Camera. Selain itu, cikgu menerangkan peranan dan cabang fotografi moden.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: